fbpx

Kerjasama PH-BN Selangor diumum akhir bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (dua kiri) melakukan gimik perasmian majlis tersebut di SUK Selangor, Shah Alam, hari ini

SHAH ALAM- Rangka kerja kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) di Selangor akan diumumkan selewatnya akhir bulan ini.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pakatannya belum lagi membuat perbincangan dengan BN secara rasmi berhubung perkara tersebut setakat ini.

“Secara informal (tidak rasmi), saya ada bertemu dengan beberapa pemimpin BN Selangor di beberapa majlis (namun tiada perbincangan rasmi berhubung perkara ini dibuat).

“Sebelum perjumpaan (dengan kepimpinan BN Selangor) dibuat, kedua-dua pihak perlu buat kertas kerja (iaitu dari sudut perkara apa yang PH dan BN Selangor hendak kerjasama),” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Amanat Tahun Baru 2023 di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan PKR Selangor sudah mengenal pasti bentuk kerjasama ingin dijalinkan bersama BN Selangor.

Media sebelum ini melaporkan bahawa PH Selangor akan duduk semeja dengan BN Selangor bagi membincangkan bentuk kerjasama yang boleh mereka sepakati bagi menghadapi PRN, yang perlu diadakan sebelum akhir tahun ini.

Ini bagi memastikan kesinambungan kerjasama di antara dua gabungan politik tersebut di peringkat negeri seperti yang telah dilaksanakan kerjasama di peringkat Kerajaan Pusat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI