fbpx

Lelaki maut kereta terjunam dalam Sungai Batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang terjunam ke dalam Sungai Batu di Bulatan Kepong malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Batu di Bulatan Kepong di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, mangsa, Chan Yang Wai,20, maut di lokasi kejadian manakala rakannya, Chia Kah Lok, 18, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, hasil siasatan mendapati mangsa bersama rakannya menaiki kereta jenis Toyota Vios dalam perjalanan dari arah Jalan Kepong menghala ke Bulatan Kepong.

Katanya, ketika dalam perjalanan pemandu terbabit dikatakan hilang kawalan dan terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai berkenaan.

“Akibat perlanggaran itu, pemandu kereta tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala penumpang pula berjaya diselamatkan oleh orang awam dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal mendapati pemandu kereta berkenaan dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya lagi, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan proses bedah siasat akan dilakukan pada pukul 11.30 pagi ini.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 10.55 malam.

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat kemalangan membabitkan sebuah kereta yang terbabas dan terjunam ke dalam sungai.

“Dua mangsa termasuk seorang disahkan meninggal dunia dibawa naik oleh anggota bomba dari sungai sedalam lima meter,” katanya.

Tambahnya, mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI