fbpx

UMNO belum buat keputusan terhadap lima ADUN sokong Hajiji – Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UMNO

KUALA LUMPUR – UMNO belum membuat sebarang keputusan mengenai lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu di Sabah yang menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu belum membuang sebarang keputusan atau tindakan terhadap kelima-lima ADUN berkenaan.

“Kita belum membuat sebarang keputusan mengenainya (lima ADUN yang menyokong Ketua Menteri).

“Saya juga telah ditanya pada majlis pagi tadi dan telah jawab benda sama,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.

Tambah Ahmad Maslan, tumpuan utama ketika ini adalah untuk memastikan Perhimpunan Agung UMNO 2022 dahulu sebelum memikirkan soal berbangkit lain.

Terdahulu, lima ADUN UMNO yang enggan menyokong langkah UMNO Sabah menarik sokongan kepada kerajaan negeri sedia dikenakan tindakan termasuk dipecat daripada parti itu.

ADUN terbabit ialah Datuk Ir Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk James Ratib (Sugut).

Pada masa sama, Ahmad turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas buat semua barisan kepimpinan baharu Kerajaan Sabah.

“Saya ucapkan selamat berkhidmat kepada mereka (barisan kerajaan baharu Sabah). Kerajaan Sabah unik sikit, kita cerita kemudian dan kita harap mereka kembali stabil,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI