fbpx

‘Percaya pada keajaiban, Kun Fayakun’ – Yasin Sulaiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yasin

PETALING JAYA – Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman berkata walaupun berasa sedikit terkilan dan sedih dengan keputusan itu namun penyanyi itu akan terus berjuang dan sesekali tidak akan berputus asa dalam berhadapan dengan kesnya.

Katanya dia masih percaya kepada keajaiban dan takdir tuhan dalam menentukan sesuatu perkara.

“Bila tuhan cakap Kun Fayakun (Jadilah, maka jadilah ia) akan berlaku. Representasi pertama itu ditolak mungkin ada masalah teknikal namun saya akan tulis sendiri untuk representasi kedua,” katanya ketika ditemui selepas prosiding sebutan kesnya.

Terdahulu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, dimaklumkan representasi yang dikemukakan Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 48, ditolak Jabatan Peguam Negara (AGC).

Justeru pihak pembelaan akan mengemukakan representasi kedua dan mahkamah menetapkan 20 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, pada prosiding terdahulu, pihak pembelaan ada memaklumkan representasi antaranya melibatkan dokumen-dokumen perubatan yang mana ia agak komprehensif untuk pihak pendakwaan mengkaji terhadap pertuduhan tersebut.

Pada 22 Ogos tahun lalu, mahkamah telah menetapkan 15 hari bermula Mac ini bagi perbicaraan tiga pertuduhan dadah yang dihadapi Yasin.

Tarikh-tarikh perbicaraan itu ialah 6 hingga 10, 13 hingga 17 dan 20 hingga 24 Mac yang mana seramai 10 saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI