fbpx

Parkir terminal feri dilimpahi air sedalam 0.6 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan parkir berhadapan Terminal Feri Antarabangsa Asa Niaga Harbour City

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

KLANG – Kawasan letak kenderaan di Terminal Feri Penumpang Pelabuhan Klang dan Feri Antarabangsa Asa Niaga Harbour City di sini dilimpahi air pasang besar sedalam 0.6 meter pagi ini.

Limpahan air tersebut dikesan kira-kira pukul 7 pagi.

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis yang ditemui ketika meninjau lokasi itu berkata, secara keseluruhannya sebanyak 10 buah balai bomba dan penyelamat digerakkan dalam memantau fenomena air pasang tersebut.

Katanya, beberapa kawasan perumahan didapati dinaiki air namun penduduk telah bersedia lebih awal dengan dengan menyelamatkan barangan penting.

“Pada hari ketiga ini, kerosakan yang disebabkan oleh air pasang agak terkawal, cuma terdapat beberapa buah kenderaan terperangkap di beberapa kawasan sepanjang tiga hari ini,”katanya.

Sementara itu, pemilik Terminal Feri Antarabangsa Asa Niaga, Datuk Shaari Mat Jihin berkata, pihaknya akan menaiktaraf kawasan parkir bagi mengelakkan perkara sama berlaku di kemudian hari.

“Kita sekarang tidak beroperasi kerana negara masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Selangor menjalani PKP Bersyarat.

“Kebetulan air pasang besar melanda, nasib baik tiada kereta di kawasan parkir terminal ini,”katanya. -K!ONLIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI