fbpx

Mahkamah: Pemilik, pengarah syarikat direman kes tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik dan pengarah syarikat dibawa ke Mahkamah Alor Setar hari ini bagi proses reman kes tuntutan palsu projek penternakan lembu tenusu.

ALOR SETAR – Seorang pemilik dan pengarah syarikat berbeza direman empat hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berkaitan projek ternakan lembu tenusu bernilai RM20.3 juta, lapan tahun lalu.

Perintah tahanan reman bermula hari ini itu dikeluarkan Majistret, Nurshahida Abdul Rahim di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, pengarah syarikat berusia 51 tahun ditahan di pejabat SPRM negeri kira-kira pukul 1 tengah hari semalam.

Ia diikuti penahanan pemilik syarikat berusia 52 tahun di kawasan rehat dan rawat (R&R) Simpang Renggam, Johor pada pukul 3 petang, hari sama.

Menurut sumber, penahanan dua lelaki terbabit dibuat berikutan dakwaan beberapa syarikat bersubahat mengemukakan tuntutan palsu berkaitan Projek Penternakan Lembu Tenusu di bawah Kluster Tenusu Entry Point Project 13 (EPP 13) Economy Transformation Plan (ETP) bernilai RM20.3 juta.

“Ia dibuat kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedangkan tiada pembekalan dilakukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI