fbpx

Gudang Elrah Exclusive terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan gudang milik Elrah Exclusive selepas dilaporkan terbakar di Jalan Kepong, Batu 6 1/2, Kuala Lumpur, awal pagi tadi. - IHSAN BOMBA

KUALA LUMPUR – Sebuah gudang milik Elrah Exclusive di Jalan Kepong, Batu 6 1/2, di sini dilaporkan terbakar pada awal pagi tadi.

Komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Nuzi Mohamed berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan kejadian kebakaran itu pada pukul 4.41 pagi tadi.

Katanya, seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang bergegas ke lokasi kejadian

“Pihak kami mendapati kebakaran melibatkan kotak yang berada di dalam gudang berkenaan, berkeluasan 4.8 x 4.8 meter persegi.

“Kemusnahan kebakaran dianggarkan 30 peratus manakala seorang lelaki berusia 30-an dilaporkan mengalami sesak nafas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa telah diberikan rawatan oleh pasukan perubatan daripada Hospital Selayang dan punca kejadian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI