fbpx

Majlis angkat sumpah Kabinet baharu negeri Sabah pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan rasmi membawa Hajiji tiba di pekarangan Istana Seri Kinabalu sekitar pukul 9.35 pagi tadi. Foto: Ivan Amiru

KOTA KINABALU – Satu majlis mengangkat sumpah jemaah Kabinet baharu Sabah dijangka diadakan pukul 10 pagi ini.

Tinjauan di pintu utama Istana Seri Kinabalu mendapati kawalan keselamatan oleh pasukan polis sudah mula dibuat seawal pukul 6.30 pagi.

Turut kelihatan beberapa kenderaan mewah dipercayai membawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bakal mengangkat sumpah mula memasuki pekarangan istana.

Istiadat mengangkat sumpah berkenaan dilaksanakan selepas pertemuan beberapa ketua parti politik bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.

Terdahulu, Anwar mencadangkan agar pemimpin tempatan menubuhkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri itu baru-baru ini ekoran rombakan dilakukan  Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berikutan pengumuman Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan UMNO Sabah menarik sokongan ke atas Hajiji. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI