fbpx

Lebuh Raya Timur-Barat antara agenda dibincangkan Saarani, PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jalan yang tidak rata di Lebuh Raya Pantai Barat.

IPOH – Isu keadaan jalan di Lebuh Raya Timur-Barat yang menghubungkan Gerik-Jeli menjadi antara agenda yang dibawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau berkata, pada Jun tahun lalu, beliau sendiri turun padang bersama bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk melihat kerosakan teruk di beberapa lokasi sepanjang lebuh raya berkenaan.

“Walaupun kerja-kerja penurapan sudah dilakukan tetapi ia tidak memadai kerana kerja-kerja menggantikan keseluruhan struktur jalan mesti dilakukan tetapi ia menelan kos yang agak tinggi iaitu kira-kira RM80 juta. Namun saya dan rakan-rakan dalam kerajaan negeri tidak berputus asa.

“Hari ini, saya bersama delegasi kerajaan negeri Perak berjumpa Anwar bagi menyuarakan beberapa isu yang perlu tindakan segera termasuk pembinaan semula Lebuh Raya Timur-Barat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Hantaran Saarani itu mendapat reaksi positif daripada orang ramai yang berharap projek itu dapat dilaksanakan segera kerana lebuh raya itu mempunyai jumlah pengguna yang tinggi.

Pengguna bernama Salleh berkata, kerosakan jalan raya sering berlaku di sana memandangkan ia turut digunakan oleh kenderaan berat seperti lori.

“Harap cepat sikit baiki jalan tersebut kerana kerap sangat ia rosak. Lori dan kereta sama banyak guna laluan itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI