fbpx

Masakan Melayu tarikan Restoran DS Maju Kluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAADIAH menunjukkan antara menu masakan melayu yang turut dijual di Restoran DS Maju di Jalan Sekolah Chung Hwa di Kluang.

KLUANG – Sebut sahaja restoran mamak pastinya semua orang membayangkan makanan yang dihidangkan di premis ­ber­kenaan berkonsepkan masakan kari.

Bagaimanapun, berbeza de­ngan Restoran DS Maju di Jalan Sekolah Chung Hwa di Kluang di sini yang mengetengahkan masakan berkonsepkan Melayu ­sebagai tarikan kepada orang ­ramai.

Pemilik restoran, Saadiah Musa, 55, berkata, konsep makanan Melayu dipilih untuk dihidangkan kepada pelanggan selepas mendapati tarikan kepada masakan berkonsepkan India Muslim agak berkurangan. selain terlalu banyak di Kluang ini.

Menurutnya, selepas mendapatkan pandangan daripada pelanggan dan rakan-rakan maka munculnya idea untuk mengetengahkan konsep masakan Melayu sebagai tambahan hidangan dan ternyata ia membuahkan hasil.

“Antara makanan Melayu yang dihidangkan di restoran ini adalah ketupat nasi bersama lauk lodeh, serunding, sambal kacang, rendang ayam dan daging.

“Makanan Melayu yang turut disediakan adalah lepat berinti kacang atau tanpa inti, nasi lemak berlauk telur puyuh, ayam goreng, sambal sotong, udang serta rendang,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Bagi memberi lebih pilihan, Saadiah turut menyediakan murtabak Singapura selain pelbagai jenis nasi goreng dan nasi putih dengan tomyam, lauk ujang dan paprik.

Ujarnya, semua tukang masak yang menyediakan makanan ini adalah orang Melayu tempatan dan mereka diambil bekerja di restoran ini sejak idea membawa konsep masakan Melayu diper­kenalkan.

“Bagaimanapun, semua hidangan rutin bercirikan masakan India Muslim tetap disediakan dan langkah ini diambil sebagai usaha mempelbagaikan pilihan kepada pelanggan yang datang menjamu selera di sini.

“Restoran kami juga sedang berusaha untuk menambah lagi menu yang berkonsepkan masakan Melayu supaya premis ini tidak hanya dikenali sebagai kedai makan mamak semata-mata tetapi meluas merangkumi semua lapisan masyarakat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI