fbpx

Lelaki alami masalah kewangan tinggal atas pokok selama 3 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHARLIE enggan menerima tawaran untuk tinggal di penginapan percuma kerana ingin berdikari. - Facebook

BANGKOK – Seorang lelaki Thailand terpaksa tinggal di atas pokok selama tiga tahun kerana mengalami masalah kewangan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Charlie, 38, membina sebuah rumah serba ringkas di atas sebatang pokok dengan mengikat kepingan kayu menggunakan tali menjadi lantai, selain kepingan plastik yang dijadikan bumbung. Rumah pokok itu berada pada ketinggian 10 meter dari atas tanah.

Selepas kisah hidup Charlie tular di media sosial, media Thailand melawat rumahnya yang terletak di daerah Nampong Khon Kaen. 

Charlie memaklumkan bahawa dia pernah bekerja di Bangkok dan pada ketika itu mampu menyara diri dan keluarganya. Ekonomi yang terjejas akibat Covid-19 memaksa dia berpindah ke tempat asalnya, Khon Kaen.

Setelah gagal menyara hidup, dia kemudian berpindah ke Udon Thani untuk mencari pekerjaan. 

Dia menjalankan semua jenis pekerjaan, namun tidak mampu menampung bil dengan gaji yang diperoleh. Jadi dia membayar semua hutang dan memutuskan untuk tinggal di atas pokok.

Pegawai dari Pusat Perlindungan bagi Kemiskinan dan Pembangunan Sosial dan Kementerian Keselamatan Manusia turut melawat Charlie pada Sabtu lalu. 

Mereka menjemputnya tinggal di penginapan percuma untuk gelandangan di wilayah itu, namun Charlie menolak kerana rumah pokoknya adalah tempat yang dirasakan selesa.

Dia hanya akan berpindah jika pemilik tanah memintanya berbuat demikian. 

Charlie berkata bahawa satu-satunya perkara yang dia mahukan ialah pekerjaan. Dia ingin hidup sendiri tetapi tidak mahu membebankan kerajaan atau orang lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI