fbpx

Harimau Selatan akan tampil lebih kompetitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLARI akan mengemudi JDT mengharungi pramusim dengan lima aksi persahabatan di Dubai. – FB JOHOR SOUTHERN TIGERS

WALAUPUN Hector Bidoglio sudah memacu Johor Darul Ta’zim (JDT) menyapu bersih semua piala dipertandingkan pada Liga Malaysia (Liga M), perubahan barisan kejurulatihan menjadi bukti kelab itu sentiasa dahagakan pencapaian lebih baik.

Perjuangan JDT musim depan bakal dikemudi bekas pembantu jurulatih pasukan bawah 23 tahun (B-23) Argentina, Esteban Solari, manakala Bidoglio naik pangkat menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Teknikal.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards berkata, walaupun meraih pelbagai kejayaan di peringkat domestik dan mencipta sensasi di pentas Liga Juara-Juara, JDT sentiasa mahukan sesuatu yang lebih baik.

“Saya fikir inilah sebab berlakunya perubahan kejurulatihan kerana kami mahu berada di satu tahap lebih baik. Hector sudah lakukan tugas dengan baik dan dia akan turut bersama pa­sukan dalam aspek teknikal.

“Kami juga mahu buat lebih baik di Liga Juara-Juara Asia. Ini juga menunjukkan inspirasi tinggi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap kelab ini,” katanya.

Ketika ini, latihan pasukan sudah bermula dan Harimau Selatan bakal berkunjung ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi mengharungi pramusim dan dijadualkan mengharungi lima persahabatan.

Pasukan yang bakal dihadapi JDT di Dubai adalah kelab Bulgaria, FC Levski Sofia dan tiga pasukan Rusia iaitu FC Rostov, FC Lokomotiv Moscow serta FC Zenit St. Petersburg dan satu lagi kelab UAE yang bakal diumumkan kemudian.

“Selepas kami menang banyak kejuaraan, tekanan sentiasa ada namun ia lebih ke arah tekanan positif. Ketika pramusim nanti, kami mahukan perlawanan kompetitif sebagai persiapan untuk hadapi Liga Juara-Juara serta saingan tempatan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI