fbpx

Gadis 16 tahun ditahan selepas tembak ibu perogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GADIS itu menembak ibu kepada lelaki yang memeperkosanya dua tahun lalu. - Noah Seelam/AFP/Getty Images

NEW DELHI – Seorang remaja berusia 16 tahun dari India, ditahan selepas menembak dan mencederakan seorang wanita yang merupakan ibu kepada lelaki yang memperkosanya dua tahun lalu, lapor laman berita Wion News semalam.

Insiden itu berlaku petang Sabtu lalu selepas mangsa yang dikenali sebagai Khursheeda, 50, penduduk kejiranan Subhash Mohalla, timur laut Delhi dibawa ke hospital, kata seorang pegawai kanan polis.

Mangsa menguruskan sebuah kedai runcit. Anak lelakinya yang berusia 25 tahun telah dituduh memperkosa gadis itu pada 2021.

Siasatan awal mendapati gadis itu memfailkan laporan awal terhadap anak lelaki mangsa dua tahun lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Delhi (timur laut), Sanjay Kumar Sain berkata, bilik kawalan polis menerima panggilan mengenai tembakan kira-kira pukul 5.30 petang (waktu tempatan).

“Gadis itu mendakwa dia telah diperkosa oleh anak lelaki mangsa pada 2021, selepas itu kes atas tuduhan merogol dan di bawah seksyen berkaitan Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual telah didaftarkan,” demikian menurut laporan media mengenai kejadian itu.

“Lelaki berusia 25 tahun itu kemudiannya ditangkap dan masih ditahan di penjara,” tambah laporan tersebut.

Gadis itu telah ditahan dan polis turut menemui pistol yang digunakannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI