fbpx

Anak menangis rindukan Ashira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haslinda (kiri) merupakan peserta pertama tersingkir GV7

KUALA LUMPUR -Tangisan si anak menyaksikan ibu sendiri membuat persembahan dalam kaca televisyen mampu meruntun jiwa sesiapa sahaja.

Situasi sebak tersebut dialami anak kepada peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Ashira Aziz, Megat Shazril Haziq Hadi, 14, dalam sebuah video berdurasi 21 saat yang dimuat naik oleh ibu saudaranya, Shasha Aziz menerusi Twitter sebaik sahaja penyanyi itu mahu membuat persembahan.

Sudah tiga minggu terpisah, Shazril yang kini bawah jagaan sementara Shasha (kakak Ashira), ternyata tidak dapat membendung emosi sehingga menitiskan air mata merindui ibunya.

Orang yang paling terkesan dek perkongsian video tersebut tentunya Ashira.

“Memang rindu sangat kepadanya tetapi apakan daya saya masih berjuang dalam GV7. Saya menangis apabila melihatkan video itu dimuat naik oleh kakak, tidak terluah dengan kata-kata.

“Sekarang saya masih berjuang dalam rancangan ini. Insya-Allah apabila tamat nanti saya akan mencari rumah dan kami dapat kembali duduk bersama seperti dahulu,” kata Ashira.

Dalam pada itu, Ashira yang menyampaikan lagu Sempurna dendangan asal Andra & The Back Bone menganggap lagu tersebut sebagai pembakar semangat untuk meneruskan hidup dengan sempurna selepas ini.

Meskipun berstatus ibu tunggal, dia tetap mahu mencari kesempurnaan untuk keluarga kecilnya dan menganggap Shazril segala-gala buat dirinya.

“Doakan supaya saya kuat menempuh dugaan ini. Dalam keadaan berjauhan dengan anak, saya hanya minta agar dikuatkan hati,” tambahnya.

Terdahulu, Ashira diarahkan keluar dari rumah sewa beberapa bulan yang lalu. Dia yang kehilangan mata pencarian impak pandemik Covid-19 terpaksa ‘menyerahkan’ Shazril kepada Shasha, manakala dia pula menumpang di rumah kakak kelimanya, Sharifah Nur Azita bagi meneruskan kelangsungan hidup. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI