fbpx

Mavcom sasar muktamadkan cadangan pindaan MACPC menjelang Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Luqman (kiri), Kapten Norazman Mahmud dan Raja Azmi pada sesi taklimat Aviation 101 bersama pengamal media di KLIA, Sepang hari ini.

SEPANG – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menyasarkan untuk memuktamadkan kertas rundingan mengenai cadangan pindaan terhadap Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC) 2022 menjelang Jun tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Mavcom, Raja Azmi Raja Nazuddin, pihaknya sudah mengadakan proses rundingan dengan pihak berkepentingan termasuk syarikat penerbangan berhubung MACPC pada tahun lalu.

Justeru, beliau berharap sesi susulan bersama pihak penerbangan dapat diadakan bulan ini bagi membincangkan mengenai perkara-perkara dalam MACPC yang perlu diperhalusi dan ditambah baik.

“(Selepas mendapat) kelulusan daripada dalaman (pihak berkuasa), kami berharap ia akan dapat digazetkan kelak,” katanya pada sesi soal jawab bersama pengamal media sempena taklimat Airline 101 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI