fbpx

Sorok mercun, bunga api di sebalik guni sabut kelapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL (tiga dari kanan) bersama pegawai kanan JKDM menunjukkan sebahagian rampasan mercun dan bunga api seludup di Padang Besar, hari ini.

PADANG BESAR – Taktik licik sindiket penyeludupan dengan menyembunyikan pelbagai jenis mercun dan bunga api di sebalik timbunan guni sabut kelapa dalam sebuah treler berjaya dibongkar kastam di sini pada Jumaat lalu.

Rampasan kira-kira pukul 5 petang itu dilakukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Cawangan Penguatkuasaan Padang Besar dan Unit Dagangan Jalan Raya di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar.

Pengarah Kastam negeri, Ismail Hashim berkata, sebanyak 10,824 kilogram (kg) mercun dan bunga api yang dianggarkan bernilai RM143,530 dengan nilai cukai RM94,729.80 dirampas.

Katanya, barang rampasan antaranya melibatkan mercun roket, gasing dan papan serta bunga api yang diisi di dalam kotak serta dibalut plastik hitam sebelum dimuatkan ke dalam treler

“Sindiket mengisytiharkan dalam Borang Kastam 1 sebagai sabut, namun ketika melalui mesin pengimbas, pegawai bertugas mengesan imej meragukan.

“Treler tersebut kemudiannya digeledah dan pihak kami menemui mercun dan bunga api yang disusun di bahagian tengah manakala 195 guni sabut kelapa diletakkan di sekeliling treler kayu berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat JKDM Padang Besar di sini hari ini.

Menurut Ismail, pihaknya turut menyita treler yang digunakan bagi kegiatan menyeludup dan menahan pemandunya bagi membantu siasatan. Siasatan mendapati barangan itu diseludup sebagai persediaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI