fbpx

Kementerian Pertahanan teruskan rancangan perolehan 18 pesawat tempur ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Hasan bersama Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan melihat aset penerbangan milik TUDM ketika lawatan kerja ke Markas Operasi Udara dan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang. FOTO/AFIQ RAZALI

SUBANG – Kementerian Pertahanan akan meneruskan perancangan bagi memperoleh 18 buah Pesawat Tempur Ringan (Light Combat Aircraft) di masa akan datang.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perolehan kesemua pesawat berkenaan telah dliluluskan secara dasar oleh kabinet terdahulu.

“Kita hendak supaya jemaah menteri dan kabinet baharu ini dapat mengabsahkan apa yang diluluskan (18 pesawat tempur ringan) kabinet terdahulu.

“Perolehan Light Combat Aircraft masih kekal 18 dan kalau boleh secepat mungkin tapi ia perlu melalui proses-proses tertentu,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja di Pangkalan Udara Subang, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Mohamad berkata, pihaknya akan melihat keutamaan dan cadangan bagi menambah aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memandangkan ia memerlukan jumlah peruntukan yang besar.

“Kita hendak melengkapkan apa yang sepatutnya kita ada dan apa yang perlu dinaiktarafkan (pesawat),” katanya.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai persiapan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) Mohamad berkata kementeriannya telah menjemput enam negara untuk terlibat melakukan pertunjukkan statik dan udara.

Tambahnya, daripada enam negara, dua negara telah mengesahkan penglibatan bagi pertunjukan udara dan laut berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI