fbpx

Mayat penyelia kilang ditemui lepas tiga hari kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal mangsa yang ditemukan dalam kawasan semak selepas terbabas di Kilometer 22, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik Jeli semalam.-FOTO/MEDIA SOSIAL

GERIK – Kehilangan seorang penyelia sebuah kilang di Kulim, Kedah sejak tiga hari lalu terjawab dengan penemuan mayat lelaki itu di kawasan semak di Kilometer 22, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik Jeli di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, mayat lelaki berusia 46 tahun itu dijumpai oleh orang awam sekitar pukul 5.30 petang.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan, kemalangan dipercayai berlaku Sabtu lalu sekitar pukul 11.15 pagi ketika mangsa melalui laluan berkenaan untuk menuju ke Banjaran Titiwangsa.

Katanya, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya hingga menyebabkan kenderaan itu terbabas ke bahu jalan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat. Siasatan kes dijalankan mengikut Sekeyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd. Zaidi Mat Yasin di talian 013-4487374,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI