PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Menteri Besar Pahang dan deligasi di Putrajaya hari ini.
Menurut beliau, pada pertemuan dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tersebut menyentuh perihal aspek pembangunan serta kemajuan dan kemakmuran negeri Pahang.
“Insya-Allah, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Pahang akan terus dipererat demi kelangsungan dan kejahteraan rakyat Pahang khususnya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Selain itu, kata Anwar, beliau hari ini mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan delegasi kerajaan Perak.
Kata beliau, kerjasama kukuh antara kerajaan Persekutuan dan Perak akan terus dipererat terutamanya dalam aspek pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri Perak. – KOSMO! ONLINE