fbpx

Kedudukan Bung Moktar, tiga ADUN BN dipindahkan ke blok pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga tempat duduk ADUN BN yang dipindahkan ke blok pembangkang di DUN Sabah. -Foto: Ivan Amirul

KOTA KINABALU – Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini, menyaksikan tempat duduk sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengalami perubahan termasuklah tempat duduk Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Semua tempat duduk ADUN berkenaan dipindahkan di blok pembangkang dan lima ADUN BN Sabah yang menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor masih kekal.

Empat dari lima orang ADUN BN Sabah yang dilaporkan menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah, ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmy Yahya, ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, ADUN Sugut, Datuk James Ratib dan ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih dilihat hadir pada sidang DUN khas hari ini.

Dalam pada itu, persidangan khas DUN hari ini adalah bagi membentangkan dua Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan bekalan gas dan Suruhanjaya Tenaga Sabah oleh Hajiji.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI