fbpx

Pantai cantik tapi penuh sampah, berbau busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sampah sarap yang dibuang dan ditinggalkan oleh pengunjung di pesisir Pantai Pulau Sayak, Kota Kuala Muda dekat Sungai Petani.

SUNGAI PETANI – Keindahan Pantai Pulau Sayak di Kota Kuala Muda dekat sini yang sebelum ini menjadi lokasi riadah pengunjung kini bertukar wajah gara-gara tindakan segelintir individu yang membuang sampah sesuka hati di sepanjang pesisir pantai berke­naan.

Tinjauan Kosmo! mendapati terdapat banyak longgokan bahan buangan seperti bekas makanan polisterin, sisa makanan dan lampin pakai buang yang di­tinggalkan pengunjung.

Seorang penduduk, Suhaimi Saidin, 33, berkata, sampah sarap yang dibiarkan di tepi pantai itu bukan hanya menjejaskan peman­dangan, malah turut me­nyakitkan mata.

“Saya geram bila tengok sisa buangan ini termasuk lampin pa­kai buang yang ditinggalkan begitu sahaja, mereka ini tiada ke­se­daran langsung.

“Apa salahnya bawa balik semua sampah dan buang di tempat sepatutnya. Sayang kawasan yang cantik ini jadi kotor,” kata­nya di sini semalam.

Muham­mad Danial Mohd. Azhar, 27, pula berkata, longgo­kan sampah sa­rap yang ditinggalkan pengunjung turut me­ngundang bau busuk.

“Saya datang ke sini untuk berkelah bersama isteri dan anak-anak, namun kecewa apabila melihat kawasan ini dicemari dengan sampah dan berbau busuk.

“Lokasi di sini sangat cantik dan tidak terlalu sesak walaupun tiada kemudahan seperti di Pantai Merdeka,” katanya.

Seorang lagi pengunjung dari Alor Setar dekat sini, Munirah Ahmad, 55, berkata, jika keadaan di sepanjang pantai dibiarkan be­gitu, lokasi tersebut mungkin menjadi lebih kotor selepas ini.

“Saya kecam perbuatan tidak bertanggungjawab ini dan berharap semua pihak dapat bersama-sama menjaga kebersihan Pantai Pulau Sayak demi kepen­tingan bersama.

“Kalau setiap orang yang datang sini tinggalkan sampah, mungkin selepas ini tiada lagi lokasi untuk kita berkelah bersama keluarga,” tambah­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI