fbpx

Tiada subvarian ‘Kraken’ dikesan ketika ini – Noor Hisham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham ketika hadir pada Sesi Libat Urus Menteri Kesihatan bersama Media di Kementerian Kesihatan, di sini, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiada subvarian coronavirus baharu iaitu ‘Kraken’ atau Omicron XBB.1.5 dikesan di Malaysia ketika ini.

Noor Hisham berkata, pihaknya kini sedang membuat pemantauan lanjut terhadap XBB 1.5 itu yang kini menjadi varian paling dominan di Amerika Syarikat (AS) dan pihaknya akan bekerjasama dengan negara lain bagi melihat dari segi penularan dan keparahan varian baharu itu.

“Kita masih memantau sama ada XBB 1.5 ada kesannya dari segi keparahan dan penularan, setakat ini ia belum dikesan lagi dalam negara,” katanya.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), XBB.1.5 ialah keturunan subvarian Omicron XBB yang terjadi daripada persilangan antara dua strain terdahulu, BA.2.75 dan BA.2.10.1.

Pakar menggelarkan strain Omicron XBB.1.5 ini dengan nama ‘Kraken’ yang berpotensi mencetuskan gelombang besar Covid-19 dan WHO melabelkan strain itu sebagai ‘subvarian paling mudah berjangkit dengan XBB.1.5 menjadi punca sebahagian besar jangkitan di AS.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI