fbpx

BMW Malaysia BMW 3 Series baru pada harga bermula RM283,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hans de Visser bersama BMW 330i M Sport di M Resort di sini hari ini.

PETALING JAYA – BMW Malaysia telah memperkenalkan tiga varian baharu untuk model 3 Series yang didatangi dengan versi petrol serta hibrid ‘plug-in’ dengan harga jualan bermula RM283,800.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, tiga varian itu merupakan BMW 320i M Sport, BMW 330i M Sport dan BMW 330e M Sport yang dipasang tempatan.

“Menerusi tiga varian BMW 3 Series yang baharu untuk pasaran Malaysia, kuasa pilihan terus berada di dalam tangan pelanggan untuk menikmati versatiliti pemanduan sempurna.

“BMW 3 Series kekal menjadi model terlaris kami setakat ini dan mencatat lebih 2,300 unit penyerahan di Malaysia pada tahun lalu sahaja,” katanya.

Tambahnya, model itu kekal menjadi jentera bertaraf ikonik kerana disumbang oleh ciri sporty yang sinonim dan ia bermula dengan seksyen hadapan, di mana komponen gril ‘kidney’ menampilkan corak lingkaran yang baharu untuk menzahirkan iras yang lebih garang.

“Lampu hadapan LED juga telah diperbaharui untuk menonjolkan kelebaran sedan ini, dengan lampu waktu siangnya yang serba ekspresif dan berbentuk L songsang.

“Malah komponen apron hadapan BMW 3 Series terbaharu juga kini hadir dengan wajah yang tersendiri dan ia masih memuatkan tirai udara lateral yang biasa dilihat pada kereta BMW,” tambahnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI