fbpx

4,069 pengembara China tiba di Malaysia sejak Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Nurhyati ketika bercakap pada Sesi Libat Urus Menteri Kesihatan bersama Media di Kementerian Kesihatan, di sini, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan seramai 4,069 pengembara dari China tiba di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) sejak Ahad lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Nurhyati Rusli berkata, setakat ini, tiada kes Covid-19 daripada kesemua pengembara berkenaan malah, tiada sebarang gejala dikesan.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau perkara itu termasuk melakukan persampelan air kumbahan bagi pesawat yang tiba dari China.

“Saringan dan pemantauan akan sentiasa ditingkatkan bagi mengesan sebarang varian baharu Covid-19,” katanya pada sesi taklimat khas kepada media di sini, hari ini.

Dr. Nurhayati berkata, kementerian juga akan menilai secara dekat perkembangan mutakhir serta bekerjasama rapat dengan negara serantau khususnya negara jiran seperti Thailand dan Singapura serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam memperkukuhkan strategi kawalan dan pencegahan penularan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI