fbpx

Bapa durjana ‘ratah’ anak bongsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG warganegara India (tengah) dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan merogol dan meliwat anak kandungnya sendiri yang berumur 3 tahun di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warganegara India mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didakwa merogol dan meliwat anak kandung perempuannya yang berusia tiga tahun 11 bulan ketika kejadian.

Tertuduh yang merupakan bapa kepada lima orang anak itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah merogol mangsa di dalam bilik air kediaman keluarga mereka di sebuah kawasan di Tampoi pada 13 Disember lalu.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh pula didakwa telah melakukan persetubuhan luar tabii tanpa kerelaan mangsa di lokasi dan pada tarikh yang sama.

Atas kedua-dua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun beserta dikenakan tidak kurang daripada 10 sebatan.

Tertuduh yang berusia 45 tahun itu turut didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun beserta sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir dalam hujahan meminta agar tertuduh tidak diberikan sebarang jaminan kerana kesalahan tersebut merupakan kesalahan berat serta tertuduh dan mangsa masih tinggal di kediaman yang sama.

Mahkamah kemudian menegaskan tertuduh tidak diberikan jaminan selain menetapkan tarikh 12 Mac depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen, pengurusan kes serta lantikan peguam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI