fbpx

Wanita maut dilanggar lori kontena ketika di bahu jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Honda Civic yang dirempuh sebuah lori kontena hingga menyebabkan seorang maut di Kilometer 235.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Kuala Kangsar hari ini.-IHSAN JBPM PERAK

KUALA KANGSAR – Seorang wanita maut dilanggar sebuah lori kontena di Kilometer 235.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.

Mangsa, B. Karthigayayini, 37, yang mengalami kecederaan parah disahkan maut di tempat kejadian.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika kereta jenis Honda Civic dinaiki mangsa dan dua individu lain berhenti di bahu jalan kerana mengalami kerosakan.

Sebuah lori kontena tanpa muatan dikatakan telah melanggar mangsa yang ketika itu berada di sisi kereta tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, maklumat kemalangan membabitkan dua buah kenderaan itu diterima pada pukul 5.23 pagi.

“Kemalangan tersebut mengakibatkan seorang wanita disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Tiada mangsa yang tersepit dalam kejadian itu dan pemantauan dilakukan di lokasi bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI