fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga pukul 9 pagi ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, negeri-negeri tersebut adalah Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.

“Di Selangor, kawasan yang dijangka berdepan dengan cuaca buruk ini adalah Kuala Langat dan Sepang manakala di Negeri Sembilan hanya kawasan Port Dickson sahaja.

“Situasi sama turut diramalkan di seluruh Melaka manakala kawasan di Sarawak yang terlibat dengan ribut petir dan hujan lebat pula adalah Miri (Subis dan Beluru),” katanya.

Tambah MetMalaysia, bagi kawasan lain di sekitar Semenanjung dan Sabah, cuaca diramalkan dalam keadaan baik ekoran tiada ribut petir dan hujan lebat dicerap setakat ini.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI