KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bakal mencari formula terbaik dalam menyelesaikan kemelut politik di Sabah.
Bagaimanapun, beliau berkata, keadaan politik Sabah ketika ini dilihat bertambah baik.
“Saya dengan Datuk Zahid ( Ahmad Zahid) sedang mencari formula yang baik untuk Sabah.
“Namun keputusannya hanya akan diputuskan oleh pimpinan Sabah sendiri. Kita hanya mampu memberi nasihat,” katanya kepada pemberita di Magellan Club, di sini, malam ini.
Terdahulu, Anwar bertemu Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Presiden parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony. – KOSMO! ONLINE