fbpx

BN akan cari penyelesaian menang-menang – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika tiba di bangunan UMNO Sabah malam ini. - Foto: Ivan Amirul

KOTA KINABALU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan beliau bakal mengadakan pertemuan dari hati ke hati bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bagi menyelesaikan kemelut politik di Sabah.

“Tentunya kita akan cari jalan penyelesaian supaya keputusan secara menang-menang akan dicapai nanti.

“Insha-Allah selepas pertemuan itu, saya yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyatakan keputusan yang akan dibuat membabitkan ketua parti politik di Sabah,” katanya selepas bertemu pemimpin tertinggi BN Sabah, di sini, malam ini.

Terdahulu, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan parti menarik sokongan ke atas Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI