PETALING JAYA – Kelibat Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika menghulurkan sedekah kepada seorang gelandangan berjaya dirakam.
Ahli Parlimen Pontian tersebut dilihat bersama dua lagi individu dirakam menyapa dan menghulurkan sedikit wang kepada seorang lelaki baru-baru ini.
Lokasi kejadian berkemungkinan berlaku di sekitar Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).
Menerusi video yang dimuatnaik di laman sosial Tik Tok milik Jebat_jalanan itu, Ahmad dilihat menyapa dan menghulurkan sejumlah wang kepada lelaki terbabit.
Tinjauan di Twitter milik Ahmad juga mendapati beliau turut memuat naik video terbabit.
“Terima kasih Jebat Jalanan yang sebar #TikTok ini. Saya langsung tidak sangka ada yang ambil video.
“Saya beri RM50 kepada saudara kita yang susah itu, terserempak ketika berjalan kaki untuk ke Bangunan UMNO di WTCKL pagi Sabtu 7/1/23.
“Moga beliau tabah dlm menghadapi kehidupan ini,” ciap Ahmad. – KOSMO! ONLINE.