fbpx

Empat beranak tinggal sehelai sepinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Tok Kayaman, Kampung Perawah pada petang tadi.

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KANGAR – Empat beranak tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka di Jalan Tok Kayaman, Kampung Perawah dekat sini musnah dalam kebakaran pada petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.48 petang itu, rumah kayu dua tingkat tersebut musnah 90 peratus.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perlis, Ruhisha Haris berkata, seorang lelaki berusia 70 tahun berada di dalam rumah ketika kebakaran berlaku.

Katanya, isteri dan dua anak lelaki terbabit tiada di rumah kerana keluar berniaga kuih peneram.

“Lelaki itu tidak menyedari berlaku kebakaran di tingkat atas rumah sehingga diberitahu jiran.

“Dia kemudian bergegas ke tingkat atas untuk menutup bekalan elektrik rumah tetapi terlambat kerana api sudah marak,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ruhisha, mangsa terus keluar menyelamatkan diri tanpa sempat menyelamatkan dokumen dan barangan berharga.

Ujar beliau, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kangar dengan dibantu BBP Arau tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.59 petang.

“Api berjaya dikawal pada pukul 7.15 petang,” ujarnya.

Tambahnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI