fbpx

Dua penyeludup lari tinggal 2.1 tan mercun, bunga api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Jamal Abdul Salam (dua dari kanan) menunjukkan mercun dan bunga api yang dirampas pada sidang akhbar di Pejabat JKDM Rantau Panjang hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

RANTAU PANJANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api seberat 2.1 tan yang dipercayai seludup dari negara jiran untuk sambutan Tahun Baharu Cina dalam serbuan di Kampung Padang Pak Amat Pasir Puteh dekat sini semalam.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, rampasan mercun dan bunga api bernilai lebih RM35,600 termasuk cukai itu dijalankan selepas pihaknya menahan sebuah lori dan sebuah trak pikap pada pukul 9.50 malam.

Katanya, bagaimanapun, kedua-dua suspek yang terlibat berjaya melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan tersebut sejurus menyedari kehadiran anggota penguat kuasa dan kini dalam buruan.

“Kumpulan penyeludup memunggah barangan tersebut dalam skala kecil dari kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok, Rantau Panjang menggunakan kenderaan itu sebelum dibawa ke kawasan tanah lapang di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat JKDM Rantau Panjang di sini hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, pihaknya tidak menolak kemungkinan mercun dan bunga api itu dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI