fbpx

Beruang gali kubur, makan mayat Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cebisan anggota badan mendiang Amek (gambar kecil) yang ditinggalkan berdekatan kubur.

GUA MUSANG – Lebih 100 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Kampung Dakoh, Pos Balar di sini gempar dengan kemunculan seekor beruang yang memusnah dan menggali kubur sebelum memakan mayat Orang Asli sejak dua minggu lalu.

Penduduk mendakwa haiwan tersebut memakan sebahagian tubuh wanita Orang Asli bernama Amek Along, 48, yang me­ninggal dunia lebih sebulan lalu dalam kejadian pada 27 Disember lalu.

Suami Amek, Mazlan Aluij, 50, berkata, dia menyedari kubur mendiang isterinya digali haiwan tersebut pada pukul 9.20 pagi, 26 Disember lalu.

Menurut lelaki itu, mendiang isterinya meninggal dunia pada 1 Disember lalu akibat penyakit strok di Hospital Gua Musang di sini sebelum jasadnya dikebumikan di kawasan Kampung Dakoh, Pos Balar pada hari sama.

“Saya dan lima anak kerap melawat dan membersihkan kubur mendiang isteri yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah kami.

“Walau bagaimanapun, pada 26 Disember lalu, sewaktu saya dan anak-anak datang membersihkan kubur kami ternampak ada kesan tapak kaki dan najis beruang di kawasan kubur tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Keadaan kubur wanita Orang Asli yang rosak selepas digali seekor beruang pada bulan lalu.

Mazlan memberitahu, pada keesokan harinya, dia bersama anak dan penduduk kampung kembali semula ke kawasan kubur itu dan memeriksa kawasan sekitarnya.

Jelas lelaki itu, mereka terkejut apabila melihat ada cebisan anggota badan mendiang isteri­nya yang dipercayai sudah dimakan haiwan berkenaan.

Selain itu, barangan milik mendiang Amek yang diletakkan di kawasan kubur turut dirosakkan.

“Kami yakin haiwan tersebut masih berkeliaran di kawasan kampung. Baru-baru ini, haiwan itu juga hampir menyerang anjing peliharaan saya.

“Menurut adat kaum Temiar, mayat yang sudah ditanam tidak boleh dialihkan dan perlu dibiarkan di kawasan tersebut,” katanya.

Tambah Mazlan, susulan kejadian itu, dia membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) agar tindakan segera dapat diambil.

Selain itu, Mazlan turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Gua Musang di sini kerana bimbang kejadian sama berulang.

“Sejak kejadian itu (kubur dirosakkan) kami juga bimbang akan keselamatan penduduk kampung di sini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI