fbpx

Lunaskan dalam tempoh 90 minit – Sharul Nazeem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Harimau Malaya perlu mempertahankan kelebihan gol tunggal menjelang aksi separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Thammasat malam ini.

WALAUPUN banyak negara mula mengakui kualiti jentera serangan dimiliki Malaysia, barisan pertahanan dijangka menjadi penentu kepada misi Harimau Malaya untuk layak ke final Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).

Selepas menerima cubaan amukan Gajah Perang ketika menang 1-0 pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu, situasi sama juga dijangka berulang pada aksi u­langan di Stadium Thammasat, Bangkok malam ini.

Memandangkan pertandingan ini masih menggunakan peraturan gol di tempat lawan, Harimau Malaya harus mendapatkan sekurang-kurangnya satu lagi gol bagi memberi tekanan tambahan kepada skuad kendalian Alexandre Polking.

Tonggak pertahanan negara, Sharul Nazeem Zulpakar berkata, tidak timbul apa-apa persoalan siapa yang bakal menjadi pilihan Kim Pan-gon kerana kesemua pemain kekal dengan objektif yang sama untuk membawa pasukan ke final.

“Pada perlawanan pertama, saya rasa agak penat mengekang asakan daripada Thailand, namun atas nama Malaysia, kami mampu berjuang hingga ke minit terakhir. Paling penting adalah proses pemulihan kerana kita tidak ada banyak masa.

“Bergantung kepada jurulatih dan saya tidak kisah siapa yang akan bermain, asalkan saya dapat masuk final. Jadi, saya harap kami dapat kawal perlawanan kedua nanti dan semua pemain harus beri fokus penuh.

“Pada masa sama, kami juga tidak boleh berterusan bertahan 90 minit kerana kami juga perlu lakukan serangan. Apa pun, sebagai pemain kami perlu bersedia untuk melaksanakan apa saja perancangan jurulatih,” katanya yang terkenal dengan gaya rambut Afro.

Selepas mengharungi dua penggantungan ekoran layangan kad merah ketika pertemuan dengan Vietnam di Stadium My Dinh, 27 Disember lalu, seorang lagi pertahanan negara, Azam Azmi Murad kini ‘bebas’ untuk memberi lebih banyak pilihan buat Pan-gon membuat percaturan terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI