fbpx

Polis tangkap lebih ramai suspek pembunuhan aktivis LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS Kenya masih menyiasat kes pembunuhan kejam aktivis Edwin Chiloba. -- AGENSI

NAIROBI – Polis Kenya menangkap lebih ramai suspek berhubung pembunuhan aktivis lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ), Edwin Chiloba yang mana mayatnya yang telah dikerat-kerat, ditemui di dalam sebuah peti logam di tepi jalan, demikian menurut laporan media kelmarin.

Polis pada Jumaat lalu berkata, pihaknya telah menangkap seorang jurugambar bebas yang dikatakan sebagai sahabat lama mangsa. Chiloba, 25, merupakan aktivis utama dalam komuniti LGBTQ di Kenya di samping seorang model dan pereka fesyen.

Pada Sabtu lepas, tiga suspek lain ditahan kerana peranan mereka dalam membuang mayatnya, media tempatan memetik beberapa pegawai polis sebagai berkata.

Mayat Chiloba ditemui sekitar 40 kilometer di luar banda Eldoret, Lembah Rift selepas ia dilaporkan dicampak keluar daripada sebuah kereta yang sedang bergerak.

Akhbar The Star melaporkan bahawa bedah siasat akan dilakukan semalam (waktu tempatan), manakala keluarga mangsa melakukan persiapan untuk pengebumian Sabtu ini.

“Dia mati secara menyakitkan. Mereka sudah tentu menyeksa dan kemudian mengorek keluar matanya. Dia kelihatan seperti dicekik,” kata seorang pegawai polis yang bertugas di Eldoret kepada media minggu lalu.

Ketua hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Volker Turk berkata Sabtu lalu bahawa beliau sangat terkejut dengan kematian Chiloba.

“Berdiri dalam solidariti bersama-sama aktivis LGBTQ!+ di seluruh dunia. Keperluan mendesak untuk menggandakan usaha melindungi mereka,” katanya di Twitter. – AFP

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI