fbpx

Pelajar Jepun catat kadar obesiti tertinggi 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kadar obesiti dalam kalangan pelajar perempuan tingkatan dua meningkat pada 2022 berbanding dengan tahun sebelumnya. - Foto AFP

TOKYO – Kadar obesiti dalam kalangan murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah rendah mencatat paras tertinggi di Jepun berikutan pelajar meluangkan lebih banyak masa dengan menonton video, demikian menurut kajian Agensi Sukan Jepun seperti laporan portal berita The Mainichi semalam.

Ujian kecergasan fizikal dan kemahiran motor 2022 telah dijalankan antara April sehingga Julai tahun lepas melibatkan sekitar 1.9 juta pelajar sekolah rendah gred lima dan pelajar tingkatan dua sekolah menengah rendah di semua institusi pendidikan kebangsaan termasuk swasta di Jepun.

Hasil ujian mendapati jumlah mata yang diperoleh dalam lapan acara sukan termasuk lari 50 meter (m) dan lompat jauh, adalah paling rendah untuk pelajar sekolah rendah serta menengah sejak ia mula dilaksanakan pada tahun persekolahan 2008.

Ujian itu juga mengkaji perubahan dalam gaya hidup menerusi kaji selidik ke atas para pelajar berkenaan.

Peratusan kanak-kanak yang menghabiskan masa empat jam atau lebih sehari dengan menonton televisyen atau menggunakan telefon pintar untuk tujuan selain daripada belajar ialah 27.1 peratus dalam kalangan murid lelaki gred lima dan 22 peratus untuk murid perempuan gred sama.

Kadar peratusan untuk pelajar tingkatan dua ialah 28.3 peratus untuk lelaki dan 26.1 peratus adalah perempuan.

Keputusan itu mencatatkan peningkatan mendadak berbanding tahun sebelumnya.

Selain itu, bilangan kanak-kanak yang makan sarapan pagi dan tidur selama lapan jam atau lebih lama sehari juga didapati semakin berkurangan sekali gus menunjukkan terdapat gangguan dalam kitaran hidup mereka.

Agensi itu menganggap bahawa kemerosotan dalam kecergasan fizikal kanak-kanak adalah disebabkan oleh perubahan gaya hidup yang menjauhkan mereka daripada melakukan aktiviti fizikal, manakala pandemik Covid-19 menjadi pendorong kepada trend tersebut. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI