DALAM rancangan Canada Check-In terbitan tvN, penyanyi Lee Hyori mendedahkan dia sering membantu anjing jalanan.
Sebelum ini, dia bersama rakannya menggunakan duit peribadi untuk menjaga anjing yang telah diselamatkan.
Menceritakan detik awal perkenalan, dia mengenali rakannya itu semasa menyertai kegiatan sukarelawan melakukan kutipan dana tahunan.
Tahun ini merupakan tahun ketiga mereka bersama-sama melakukan aktiviti mengumpul dana dan hasil tersebut akan digunakan untuk klinik haiwan atau membeli makanan anjing.
“Ramai yang menderma barangan mereka dan saya pula menjual baju tajaan. Kami gunakan dana tersebut untuk perbelanjaan sepanjang tahun.
“Jadi, saya perlu bekerja keras untuk mendapatkan wang lebih. Saya juga tidak mahu publisiti kerana menjalankan aktiviti tersebut,” tegas Hyori.