fbpx

Tiada pengganti Rossi di GP Teruel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI terpaksa menjalani proses kuarantin di kediamannya di Tavullia, Itali selepas disahkan positif Covid-19. – AFP

ARAGON – Pasukan Yamaha Monster Energy mengumumkan pihaknya tidak akan menggunakan pelumba gantian untuk mengambil alih tempat Valentino Rossi menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Teruel hujung minggu depan.

Sebelum ini, ramai berpendapat bekas pelumba Yamaha, Jorge Lorenzo akan menggantikan tempat Rossi, namun dengan pengumuman tersebut sekali gus menutup peluang untuk melihat juara dunia MotoGP tiga kali itu kembali menunggang jentera Yamaha.

Juara dunia tujuh kali MotoGP, Rossi disahkan positif Covid-19 selepas menyertai GP Perancis dan sedang menjalani kuarantin di kediamannya di Tavullia, Itali sekali gus tidak beraksi di GP Aragon minggu ini.

Yamaha menjelaskan, Rossi perlu menjalani kuarantin wajib selama 10 hari dari tarikh akhir di diuji positif wabak pembunuh tersebut mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Itali dan terpaksa melupakan saingan di GP Teruel, Sepanyol.

“Yamaha membuat keputusan dalam keadaan berhati-hati dan memutuskan tidak akan memanggil pelumba gantian untuk mengambil alih kekosongan yang ditinggalkan Rossi di GP Teruel nanti.

“Keputusan ini dilakukan berikutan terdapat beberapa staf pasukan Yamaha turut dijangkiti Covid-19 sebelum ini,” kata dalam satu kenyataan.

Rossi perlu bebas dari sebarang jangkitan Covid-19 untuk memastikan dia mampu beraksi semula menjelang GP Eropah pada 8 November nanti.

Rossi ketika ini berada di kedudukan ke-13 keseluruhan selepas mengumpul 58 mata.
– REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI