fbpx

‘Rider’ ambil upah hantar dadah tersungkur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DADAH jenis ganja yang dirampas hasil tangkapan ke atas seorang lelaki dalam satu operasi yang dijalankan di Johor Bahru, Sabtu lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang menyediakan perkhidmatan menghantar dadah menggunakan motosikal, ditahan polis dalam satu operasi di bandar raya ini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek berusia 22 tahun itu yang ditahan pada pukul 9.40 malam dan hasil pemeriksaan menemui dadah dipercayai jenis ganja seberat 2.15 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM5,000.

“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,100 dan motosikal jenis Yamaha LC yang digunakan suspek,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Tambah Raub, ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati suspek bagaimanapun negatif daripada sebarang penggunaan dadah.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai rekod jenayah bersabit kes dadah dan jenayah di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Suspek sebelum ini memberitahu pernah menghantar ganja seberat 1 kg dan menerima upah sebanyak RM200 untuk kerja itu.

“Ini merupakan kali kedua suspek diberi tugasan untuk menghantar dadah seberat 2.15 kg dadah tetapi berjaya ditahan,” ujarnya yang memberitahu, suspek kini direman tujuh hari sehingga 15 Januari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI