fbpx

Tak seksi, pakai seluar warna kulit – Amyza Aznan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAUN seksi dipakai Amyza Aznan pada program Famili Duo malam tadi mencetuskan reaksi kurang senang ramai pihak.

PETALING JAYA – Menyedari fesyen gaun leret terbelah paras paha mencetuskan prasangka, Amyza Aznan yang menjadi artis undangan Yamani Abdillah dan Zaki Yamani dalam program Famili Duo malam tadi tampil menjelaskan keadaan.

Kata pelakon itu, dia memakai seluar ketat senada dengan tona kulit walau tampak seksi apabila belahan kain tersebut dilihat terlampau tinggi hingga menyerlahkan pangkal pahanya.

“Mana seksi, seluar warna kulit. Mana lepas kalau tak pakai seluar,” katanya memberikan maklum balas dalam ruangan komen Instagram.

Malam tadi, duo anak lelaki Datuk Jamal Abdillah itu menyampaikan lagu berjudul Hati pada minggu keempat Famili Duo dengan memilih tema penyiasatan era ‘gatsby’ yang menyerlahkan persembahan mereka.

Kemunculan Amyza, 46, yang tampil yakin dan bergaya dalam persalinan serba hitam itu meraih sorakan penonton yang memenuhi Sri Pentas 2, Shah Alam, Selangor.

Bagai dijangka, penampilan berani artis serba boleh itu mengundang kritikan ramai yang menganggap belahan tinggi gaun dipakainya terlampau seksi selain kurang sesuai dengan usianya.

Sementara itu, pada minggu keempat program siaran TV3 malam tadi, Yamani dan Zaki berada di tangga kelima dengan kutipan markah sebanyak 48.1 peratus.

Minggu lalu mereka mengenepikan enam pasangan lain apabila meraih RM10,000 selepas dipilih sebagai juara untuk minggu ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI