fbpx

Defisit terbesar dalam sejarah negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pembenta­ngan Bajet 2021 yang dijadualkan pada 6 November ini mungkin melibatkan defisit terbesar dalam sejarah Malaysia, ketika kerajaan cuba mencapai keseimbangan antara kehilangan pendapatan dan keperluan berbelanja akibat pandemik.

Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, kerajaan kini tidak memiliki dana mencukupi untuk terus menjana ekonomi.

“Kantung kerajaan sema­kin meruncing bagi membiayai perbelanjaan pembangunan dan pelan pemulihan ekonomi akibat kutipan cukai pendapatan yang berkurang, manakala royalti Petronas merosot dijangkakan lebih 25 peratus akibat kejatuhan harga minyak.

“Hasil Cukai Jualan dan Per­khidmatan juga susut, jauh berbanding yang disasarkan ekoran kurang perbelanjaan dan penurunan pendapatan boleh guna rakyat berpunca daripada Perintah Kawalan Pergerakan.

“Bagaimanapun kerajaan perlu terus berbelanja dan caranya adalah membuat pinjaman, maka saya menjangka belanjawan kali ini mencatat defisit mungkin agak besar, iaitu angka ­terbesar dalam sejarah kita namun ­
ia perlu dilakukan demi matlamat kelesta­rian ekonomi,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sementara itu, Baharom berkata, antara keperluan besar rakyat dalam bajet tahun depan ialah lanjutan pelaksanaan moratorium bersasar, sekurang-kurangnya sehingga akhir Jun 2021.

Jelasnya, pelaksanaan langkah tersebut adalah penting bagi masyarakat marhaen dan B40 yang kehilangan punca ­pendapatan atau berkurang pendapatan termasuk sektor yang teruk terjejas akibat pandemik seperti hospitaliti, pengangkutan, dan rekreasi.

Ia turut disasarkan kepada golongan M40 agar dapat memu­lihkan ekonomi serta memperkasakan kembali institusi keluarga.

“Selain itu, kerajaan juga wajar meneruskan bantuan tunai kepada rakyat dan pemberian geran untuk peniaga kecil.

“Penyediaan latihan kemahiran juga perlu bagi membolehkan golongan dibuang kerja serta penganggur memanfaatkan waktu dan membantu mereka beroleh sumber pendapatan baharu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI