fbpx

Ahli politik bergelar Datuk, bendahari NGO ditahan buat tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki bergelar Datuk yang pernah menjadi calon pada PRN lalu bersama rakannya (belakang) dihadapkan ke mahkamah untuk tahanan reman atas tuduhan mengemukakan tuntutan palsu kepada jabatan kerajaan lebih RM11,000 di Mahkamah Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergelar Datuk ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai membuat tuntutan palsu berjumlah RM11,000 kepada sebuah jabatan kerajaan, dua tahun lalu.

Individu tersebut sebelum ini pernah bertanding semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac tahun lalu, atas tiket sebuah parti politik tempatan.

Turut ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan adalah bekas bendahari NGO sama. Perintah reman terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Majistret Mohd. Zulhilmi Ibrahim.

Bekas pengerusi berusia 47 tahun serta bekas bendahari berusia 43 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor di antara pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam, semalam, selepas mereka hadir memberi keterangan.

Difahamkan, kedua-dua suspek disyaki telah mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan yang berpusat di daerah ini pada hujung Januari 2021.

Tuntutan itu dipercayai adalah berhubung kerja-kerja pembekalan dalam melaksanakan program rawatan dan pemulihan, sedangkan kerja pembekalan itu tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI