fbpx

“Game is still on” – Bung Moktar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Moktar ditemui media di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), hari ini, sejurus tiba dari Kuala Lumpur. - Foto: Ivan Amirul

KOTA KINABALU – “Permainan masih berlangsung. Kita tunggu Perdana Menteri datang esok. Beliau akan berjumpa dengan kita, Warisan dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Selepas itu, barulah kita bercakap tentang perkara berkaitan. Keputusan akan dibuat pada malam esok.

Demikian kata Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang memperoleh sokongan 44 Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sabah.

Ketika ditanya mengenai kedudukannya sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak tahu sebab kerajaan ini ditubuhkan bersama-sama. Jadi apabila kita tarik diri, ini bermakna Ketua Menteri juga tidak ada,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini tiba dari Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai perjumpaan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam, Bung Moktar menyatakan mereka hanya membincangkan hala tuju BN dan pergolakan politik di Sabah.

Terdahulu, Bung Moktar mengumumkan UMNO Sabah untuk menarik diri daripada kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Keputusan sebulat suara pemimpin UMNO Sabah itu adalah mengambil kira tindakan Hajiji memecat Pengarah Pilihan Raya BN Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah dan mengugut dengan mengumumkan rombakan Kabinet negeri. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI