fbpx

Anak kecil sebar gambar bogel ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CARSYN bersama ibunya, Emily Schmitt. – Kennedy News

COLUMBUS, OHIO – Seorang wanita berdepan detik memalukan apabila anaknya secara tidak sengaja menghantar gambar bogelnya kepada beberapa kenalan di laman sosial Snapchat, baru-baru ini.

Emily Schmitt, 30, membe ritahu, insiden berlaku ketika dia sedang mengeringkan rambut selepas mandi dan membiarkan anaknya, Carsyn bermain dengan telefon pintarnya.

Tanpa disedari, Carsyn yang berumur dua tahun merakam gambar ibunya dalam kea­daan tanpa seurat benang dari arah belakang dan mengirim gambar itu kepada 15 kenalan di Snapchat, lapor akhbar Kennedy News.

Antara kenalan Emily yang dapat melihat gambar itu termasuk rakan sekerja, rakan kolej yang pernah menaruh hati kepada wanita itu dan bekas klien perniagaan harta­nahnya.

“Saya hanya sedar gambar bogel saya dikirim kepada 15 kenalan secara rawak apabila mereka mengirimkan ucapan terima kasih untuk foto tersebut.

“Saya bernasib baik Carsyn mengirimkannya di Snapchat, jadi ia tidak kelihatan terlalu serius dan seperti gurauan semata-mata,” katanya lagi.

Ibu kepada empat anak itu berasa lega kerana semua kenalannya menganggap gambar itu melucukan dan memilih untuk tidak menyimpan atau menularkannya kepada orang lain.

Dia kemudiannya memuat naik status di Snapchat memohon maaf atas perbuatan nakal Carsyn dan menerima komen positif daripada kenalan yang berkongsi pengalaman serupa melibatkan anak mereka.

Suami Emily, Derek Schmitt hanya tertawa mendengar insiden itu dan berasa terkilan kerana tidak termasuk dalam senarai 15 orang ‘bertuah’ itu.

“Saya sedikit kecewa kerana Carsyn tidak menghantar gambar itu kepada saya,” ujarnya bergurau. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI