fbpx

Wanita tipu hidap kanser demi raih sumbangan ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAMILLA didakwa mencukur rambutnya supaya kelihatan seperti pesakit kanser. - Jam Press

BRASILIA – Seorang wanita di Brazil memalsukan diagnosis kanser bagi menipu orang ramai untuk memberikan wang kepadanya, lapor akhbar Daily Mirror.

Camilla Maria Barbosa dos Santos, 27, didakwa mencukur rambutnya supaya kelihatan seperti sedang menjalani rawatan kemoterapi dan berbohong kepada orang ramai mengenai penyakit itu.

Wanita yang pernah disiasat atas kes penyelewengan itu memberitahu orang ramai bahawa dia mengumpul dana untuk rawatan.

Dia turut memberitahu polis bahawa dia didiagnos dengan kanser payudara pada 2017 dan sel kansernya telah berkurang.

Suspek kemudian mendakwa sel kansernya kembali pada tahun lalu yang merebak ke paru-paru dan ususnya selepas dijangkiti denggi. Polis bagaimanapun mendapati wanita itu gagal megemukakan bukti diagnosisnya.

Penyiasat polis mula melakukan siasatan ke atas suspek selepas beberapa penderma yang memberikan wang dan membayar ubatnya menjadi curiga tentang sikap wanita itu.

Polis juga mula menerima aduan mengenai pengumpulan dana sumbangan orang ramai dua bulan lalu sebelum siasatan dimuktamadkan pada 5 Januari lepas.

Selain tiada diagnosis rasmi, Hospital Araujo Jorge, iaitu tempat di mana Camilla mendakwa dia menjalani rawatan sejak Julai lalu juga menafikan bahawa dia ialah pesakit di sana.

Pihak hospital menafikan suspek menjalani tujuh rawatan kemoterapi dalam tempoh empat bulan di situ, selain menolak dakwaan rawatannya ditangguhkan kerana mereka kehilangan rekod perubatannya.

Polis mengesahkan bahawa suspek belum ditahan dan mengeluarkan imejnya supaya dapat mengenal pasti mangsa lain. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI