fbpx

Van Dijk terpaksa berehat panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN DIJK (kiri) mengalami kecederaan lutut yang agak serius selepas terlibat dalam insiden pelanggaran bersama Pickford pada aksi kelmarin. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui bimbang dengan kecederaan yang menimpa dua pemain tonggak, Virgil Van Dijk dan Thiago Alcantara ketika seri 2-2 menentang Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park malam kelmarin.

Van Dijk terpaksa dikeluarkan pada awal perlawanan selepas diterjah penjaga gol Everton, Jordan Pickford sementara Thiago dikasari Richarlison yang seterusnya dilayangkan kad merah.

Difahamkan, Van Dijk me­nga­lami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan pemain antarabangsa Belanda itu mungkin diketepikan sehingga akhir musim.

“Keadaan Virgil agak merisaukan, terjahan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang penjaga gol. Saya tidak pasti tetapi ia mungkin kecede­raan serius.

“Mengenai Thiago pula, dia beritahu mengalami kece­deraan ketika kami keluar dari padang. Kita akan tunggu dan lihat apa keputusannya selepas pasukan perubatan melakukan pemeriksaan lanjut,” kata Klopp.

Pengendali dari Jerman itu juga mempersoalkan kredibiliti Video Bantuan Pengadil (VAR) yang tidak mengesahkan gol ketiga Liverpool menerusi ja­ringan Jordan Henderson.

“Saya adalah penyokong kepada penggunaan VAR tetapi kali ini keputusan yang dibuat tidak konsisten apabila sering berbeza. Ramai orang cakap ia tidak ofsaid tetapi masih belum mampu mengubati kekecewaan saya apabila kami terlepas mata penuh,” tegasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI