fbpx

Pemandu lumba drag maut kereta ‘melayang’ ke udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta yang dipandu Sam Fenech melayang ke udara di litar perlumbaan Willowbank Raceway, Ipswich, semalam. - Top Fuel Championship Australia

IPSWICH, Australia – Seorang pemandu perlumbaan drag di Australia maut selepas kereta dipandunya terbalik ketika melepasi penghadang pada kelajuan 321.86 kilometer (km) sejam, lapor akhbar The Sun semalam.

Sam Fenech, dilaporkan hilang kawalan selepas kenderaan dipandunya bergerak ke kiri sebelum ia dengan tiba-tiba melencong ke arah kanan dan melayang ke udara sehingga keluar dari litar perlumbaan.  

Rakaman litar perlumbaan di Willowbank Raceway menunjukkan pemandu berprofil tinggi itu dan pesaingnya memecut pantas pada awal perlumbaan.

Namun, beberapa saat kemudian, kereta Chevrolet Camaro Fenech yang dipandu mangsa melanggar penghadang sebelum melencong ke lorong lawannya lalu melayang ke udara.

Ia kemudian terbang melepasi penghadang keselamatan dan melanggar menara kamera serta menghancurkan kereta tersebut.

Beberapa anggota paramedik bergegas untuk membantu Fenech tetapi dia cedera parah serta meninggal dunia di tempat kejadian.

Fenech bertanding dalam acara perlumbaan drag Nitro Tahun Baharu Willowbank ketika dia terbunuh pada pukul 6.45 petang (waktu tempatan) semalam.

Pihak Willowbank Raceway kemudian berkata, kejadian itu kini sedang disiasat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN