fbpx

Myra Saujana sedia pembiayaan HouzKEY

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pembeli rumah kali pertama yang berminat dengan pembangunan Myra Saujana di Sungai Merab, Sepang kini boleh memanfaatkan pembiayaan HouzKEY oleh Maybank Islamic yang memberikan pinjaman 100 peratus selain bayaran bulanan rendah.

Myra Saujana merupakan pembangunan perbandaran pertama Myra yang menawarkan pilihan pembiayaan tersebut.
Pelanggan boleh memilih rumah superlink dua tingkat berkeluasan antara 217 hingga 220 meter persegi pada harga RM698,000 atau anggaran bayaran bulanan sebanyak RM1,500 sebulan dengan HouzKEY.

Mereka yang menginginkan kawasan tanah lebih luas pula boleh memilih rumah berkembar dua tingkat berharga RM1.03 juta atau anggaran bayaran bulanan sebanyak RM2,230 sebulan.

Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran  Myra, Wendy berkata, salah satu isu utama sebelum bergelar pemilik rumah adalah kos permulaan yang tinggi dan kemampuan pinjaman yang diperlukan oleh pemilik rumah.

 

“Dengan HouzKEY, keluarga dapat memiliki rumah sendiri tanpa perlu membayar wang pendahuluan 10 peratus daripada harga rumah, sekali gus menjadikan pemilikan rumah lebih mudah,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Selain itu, Pengarah Urusan Maybank Real Estate Venture, Sally Lye Saw Im pula berkata, HouzKEY menyediakan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki kediaman impian dengan pembiayaan 100 peratus dan tiada pembayaran sepanjang tempoh pembinaan.

“Kami memahami halangan yang pernah dihadapi oleh pembeli rumah pada masa lalu.

“Sebagai organisasi yang menjadi nadi kepada masyarakat, kami berharap pengenalan HouzKEY mampu menjadi penyelesaian bagi rakyat Malaysia dalam perjalanan mereka untuk memiliki kediaman sendiri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI