fbpx

Degupan jantung tak stabil, Haechan beku kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAECHAN

PEMINAT NCT, menerima perkhabaran kurang gembira apabila seorang anggotanya, Haechan membekukan jadual aktiviti akibat masalah kesihatan.

Agensi SM Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan perkara tersebut kepada peminat.

Menurut kenyataan, Haechan mengalami simptom degupan jantung tidak stabil sehingga perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Dia mengunjungi hospital bersama pengurusnya untuk sesi konsultansi dan pemeriksaan lanjut.

Petugas kesihatan juga menasihati penyanyi berusia 22 tahun itu perlu menerima rawatan sehingga keadaannya kembali stabil.

Walaubagaimanapun, Haechan tidak dapat bekerja untuk merehatkan diri dan kembali menyambung aktivitinya kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI