fbpx

Ops Hire: Tiga individu didakwa di mahkamah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seramai tiga individu yang masing-masing terdiri daripada pengarah dan pengurus syarikat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok berhubung isu penyelewengan dana Program Penjana Kerjaya (PenjanaKerjaya).

Pendakwaan ke atas ketiga-tiga individu berkenaan akan dibuat pada pukul 9 pagi.

Terdahulu, Kosmo! Online sebelum ini melaporkan tentang operasi besar-besaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) digelar Ops Hire susulan dakwaan berlakunya penyelewengan dana Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Menerusi Ops Hire, lebih daripada 40 individu yang terdiri daripada pemilik, pengarah dan pengurus syarikat telah ditahan serta disiasat selepas dipercayai mengemukakan invois Program Latihan Insentif Pengambilan Pekerja yang mengandungi butiran matan palsu kepada Perkeso.

Difahamkan, kesemua tuntutan tersebut adalah bagi memperolehi bayaran di bawah peruntukan Penjana berjumlah kira-kira RM700,000 sedangkan program tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Beberapa kertas siasatan berhubung tuntutan palsu insentif PenjanaKerjaya juga telah dibuka oleh SPRM membabitkan penipuan dianggarkan sebanyak RM100 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI